Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Uggah: Banjir gelombang kedua di Sarawak mengejutkan
  • Selatan
  • WILAYAH

Uggah: Banjir gelombang kedua di Sarawak mengejutkan

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ditemui media ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Duranda Emas, di Siburan hari ini.

SIBURAN: Kejadian banjir gelombang kedua yang melanda beberapa kawasan di Sarawak ketika ini disifatkan sebagai situasi mengejutkan susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata zon selatan negeri termasuk Serian dan Siburan antara kawasan paling teruk terjejas, selain turut melibatkan kejadian tanah runtuh dan jalan terputus di beberapa lokasi.

Menurut beliau, setakat ini pasukan pengurusan bencana negeri bersama agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya bagi melaksanakan operasi pemantauan, pemindahan serta bantuan kecemasan di kawasan terjejas.

“Kawasan Serian sangat teruk sekali kali ini. Kita ada lapan pusat pemindahan sementara termasuk Balai Raya Kampung Betong Kanowit, SK Tanah Merah Kampung Sungai Turung, Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru, Dewan Taman Duranda Emas, SK St Peter Simpok, Dewan Serbaguna Kampung Kerumboi, Dewan Kampung Rimbak Padi dan Dewan Seri Tok Nan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Duranda Emas, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pihak berkuasa turut merekodkan 15 kejadian tanah runtuh serta 13 laluan jalan terputus, sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk dan usaha bantuan.

“Selepas berbincang dengan JKR Serian, pasukan telah dihantar ke lokasi terlibat untuk membersihkan dan membaiki jalan-jalan yang terjejas,” katanya.

Mengulas aspek kesihatan mangsa banjir, Uggah berkata pihaknya memberi perhatian serius terhadap langkah pencegahan penyakit, khususnya ketika musim influenza bagi mengelakkan penularan wabak di pusat pemindahan.

“Kita minta pihak perubatan membuat saringan kesihatan untuk memastikan tiada mangsa mengalami demam. Jika ada, mereka perlu diasingkan. Sekarang musim selesema dan kita tidak mahu ia merebak,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Banjir: Ahli Parlimen Miri pantau situasi, hotline khas diaktifkan
Next: Bomba bantu alih kelengkapan rumah mangsa banjir kilat di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.