Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ugak tampilkan prestasi cemerlang
  • PRU-15
  • WILAYAH

Ugak tampilkan prestasi cemerlang

Utusan Sarawak 3 years ago

Datuk Wilson Ugak

KAPIT: Pencalonan semula Datuk Wilson Ugak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Rajang adalah keputusan bijak kepimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, Ugak yang  mewakili Parlimen Hulu Rajang sejak 2013 telah menampilkan prestasi cemerlang dengan melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut. 

Menurutnya, pemilihan Ugak seoleh-oleh menggambarkan bahawa beliau mampu membawa lebih banyak pembangunan di Hulu Rajang dalam tempoh lima tahun lagi. 

“Dua penggal lepas, beliau (Ugak) sudah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mewakili suara rakyat di Hulu Rajang. 

“Sekiranya diberi mandat untuk penggal ketiga nanti, ia sudah pasti merupakan kemenangan bagi semua rakyat di kawasan parlimen ini,” katanya. 

Justeru, Chukpai turut mengingatkan pengundi di kawasan Hulu Rajang agar meneruskan sokongan  sekali gus dapat membela nasib rakyat di kawasan Hulu Rajang selama ini.

Dengan itu, ujarnya, semua kepimpinan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya Murum pastinya akan memberikan sokongan sepenuh terhadap calon daripada GPS itu.

Continue Reading

Previous: Agenda transformasikan Kota Samarahan
Next: Tingkatkan langkah keselamatan kanak-kanak musim banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.