Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • UEFA berat hati lulus perlawanan LaLiga, Serie A di luar negara asal
  • SUKAN

UEFA berat hati lulus perlawanan LaLiga, Serie A di luar negara asal

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENYERANG Sepanyol Barcelona #07 Ferran Torres dan pertahanan Chile Sevilla #12 Gabriel Suazo berebut bola semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Sevilla FC dan FC Barcelona di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville pada 5 Oktober 2025 lepas. Foto AFP

ISTANBUL: UEFA pada Isnin mengumumkan bahawa pihaknya secara berat hati meluluskan permohonan bagi perlawanan LaLiga Sepanyol antara Villarreal dan Barcelona, serta perlawanan Serie A Itali antara AC Milan dan Como untuk diadakan di luar negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataannya pada Isnin, UEFA memaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutifnya membuat keputusan itu secara “pengecualian khas” selepas mempertimbangkan rayuan rasmi yang dikemukakan kedua-dua penganjur liga berkenaan.

Perlawanan LaLiga membabitkan Villarreal menentang Barcelona akan diadakan di Miami, Amerika Syarikat pada Disember ini, manakala aksi Serie A antara AC Milan dan Como dijadual berlangsung di Perth, Australia pada Februari depan.

Presiden UEFA Aleksander Ceferin menegaskan bahawa semua perlawanan liga sepatutnya berlangsung di negara asal masing-masing, sambil mengingatkan bahawa langkah bermain di luar negara boleh “menyisihkan penyokong setia” serta mencetuskan ketidakseimbangan dalam saingan domestik.

“Walaupun amat dikesali untuk membenarkan dua perlawanan ini diteruskan, keputusan ini bersifat luar biasa dan tidak boleh dianggap sebagai duluan,” katanya.

Menurut UEFA, keputusan itu diambil kerana kekaburan dalam rangka peraturan FIFA yang sedia ada, yang tidak memberikan panduan jelas bagi menghalang penganjuran perlawanan liga di luar negara asal.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Semua pemenang pingat SOPMA 2025 terima insentif kewangan daripada kerajaan Sarawak
Next: FAM terima dokumen penghakiman penuh FIFA, bakal kemuka rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.