Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Udang kara air tawar dapat permintaan tinggi
  • BISNES

Udang kara air tawar dapat permintaan tinggi

Utusan Sarawak 4 years ago
TERNAK UDANG… Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail ketika lawatan kerja melihat ternakan udang kara dalam kolam di Limbang.

LIMBANG: Penternakan udang kara air tawar atau nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus kini mendapat permintaan tinggi.

Sehubungan itu, ternakan udang kara ini akan diusahakan secara meluas melalui konsep penternakan di rumah-rumah kedai (urban farming) dan dalam rumah (indoor).

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, udang kara yang berasal dari Australia dibenarkan untuk dipelihara di Malaysia termasuk Sarawak dan kini mendapat sambutan memberangsangkan.

Konsep penternakan secara dalam rumah dan rumah-rumah kedai akan diperluaskan kerana penternakan di sungai tidak dibenarkan kerana ianya boleh menganggu ekosistem kerana bukan merupakan udang tempatan.

“Penternakan udang kara air tawar berpotensi besar dikembangkan di Sarawak melalui kolam kanvas di bahagian dalam rumah dan rumah-rumah kedai,”katanya ketika melawat kolam kanvas udang kara di Stesen Pertanian Kubong (SPK) kelmarin.

Turut mengiringi beliau, Pegawai Pertanian Bahagian (Pembangunan), Jakaria Rambli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, Jabatan Pertanian Bahagian diminta untuk mengeluarkan benih udang kara yang mendapat sambutan amat baik masa ini.

Jelasnya, ramai pengusaha berminat untuk menternak udang kara melalui konsep penternakan di  rumah kedai dan sebagainya.

Ciri-ciri itu katanya menjadikan penternakan udang kara air tawar boleh menjadi suatu perniagaan yang boleh dijalankan secara besar-besaran atau menjana pendapatan sampingan jika ia diusahakan di belakang rumah.

Berdasarkan permintaan tinggi, kerajaan ingin memperkenalkan penternakan udang kara melalui konsep sama di Limbang.

Setakat ini, harga udang kara mampu mencecah harga sekitar RM70 hingga RM80 sekilo dan seekor udang kara boleh mencapai berat 150 gram hingga 250 gram dan rasanya juga sedap.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pembayaran interim sehingga RM1,000
Next: Perluaskan penanaman, pengeluaran musang king

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.