Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UCA Sibu disaran tubuh unit data perkukuh advokasi masyarakat Cina
  • Tengah
  • WILAYAH

UCA Sibu disaran tubuh unit data perkukuh advokasi masyarakat Cina

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN…..Lau (lapan kiri) merakam kenangan bersama Ngieng (tujuh kiri) dan barisan ahli jawatankuasa baharu UCA Bahagian Sibu bagi penggal ke-24 (2025-2028) selepas mesyuarat agung tahunan, hari ini.

SIBU: Gabungan Persatuan Cina (UCA) Bahagian Sibu disarankan untuk menubuhkan sebuah kumpulan penyelidikan atau unit data khusus bagi mengukuhkan keupayaan advokasi serta tuntutan masyarakat Cina terhadap isu-isu semasa.

Presiden Kehormat UCA Sibu, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, selain meneruskan usaha memelihara budaya dan warisan masyarakat Cina, gabungan juga perlu memberi tumpuan kepada isu-isu semasa seperti kebajikan rakyat, pendidikan, belia, bahasa dan hak masyarakat.

Menurut beliau, meskipun masyarakat Cina di Malaysia dikenali sebagai komuniti yang rajin, berdisiplin dan mematuhi undang-undang, masih wujud ketidakseimbangan dari segi dasar serta pengagihan sumber.

“Sebagai salah satu platform wakil masyarakat Cina, UCA mempunyai tanggungjawab untuk bersuara secara rasional dan berkesan terhadap isu-isu penting.

“Namun untuk suara kita benar-benar memberi impak, ia perlu disokong oleh data yang tersusun, contoh kes sebenar serta statistik yang kukuh,” katanya.

Tambah beliau, penubuhan unit data khusus akan membantu UCA memantau dan menganalisis perkembangan dasar serta isu sosial yang berkait rapat dengan masyarakat Cina, sekali gus menjadikan pendirian dan cadangan UCA lebih meyakinkan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penggal ke-24 (2025–2028) UCA Bahagian Sibu di Wisma UCA Sibu di sini, hari ini.

Lau menyifatkan kemunculan ramai wajah baharu dalam barisan ahli jawatankuasa penggal baharu UCA Bahagian Sibu sebagai satu perkembangan positif yang membawa nafas segar kepada gabungan.

Katanya, ini jelas mencerminkan harapan masyarakat terhadap pembaharuan dan inovasi dalam kepimpinan.

“Saya amat berharap barisan kepimpinan baharu ini dapat memainkan peranan aktif dan menyumbang kepakaran masing-masing untuk membawa UCA Sibu ke tahap yang lebih berdaya saing, selaras dengan perkembangan zaman,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar kepimpinan baharu membawa pembaharuan dan pendekatan segar, selain memperbaiki kelemahan seperti aktiviti bersifat formaliti yang kurang impak.

Sementara itu, mesyuarat agung tersebut menyaksikan pelantikan Ngieng Hock Teck sebagai Presiden UCA Bahagian Sibu bagi penggal ke-24 (2025-2028).

Kapitan Ngu Ing Hong dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala 11 individu dilantik sebagai Naib Presiden, iaitu Terrence Chen Cheng Horng, Hii Wei Kiong, Wong Ing Ang, Ting Siew Hoon, Yong Poh Lai, Wee Kim Choon, Cheng Tai Sin, Wong Hie Ping, Leong Chin Ming, Kapitan Nee Chung Shyang dan Kapitan Tay Guan Boo.

Jawatan Setiausaha Kehormat disandang oleh Yong Kie Ho, dibantu Penolong Setiausaha Soh Siau Chui. Teo Kin Hong pula dilantik sebagai Bendahari, dengan Ngieng Hock Chung sebagai Penolong Bendahari.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Projek gantian SMK Sri Sadong babitkan kos RM28.73 juta siap tahun ini – Nanta
Next: Idris Buang tinjau operasi pemadaman kebakaran di Kampung Plaie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.