Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UAE rancang labur AS$1.4 trilion di AS
  • GLOBAL

UAE rancang labur AS$1.4 trilion di AS

Utusan Sarawak 22 hours ago
PRESIDEN Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan pada Khamis semasa perbincangan dengan Presiden Donald Trump di Qasr Al Watan, Abu Dhabi. FOTO fail

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melabur AS$1.4 trilion di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sedekad akan datang, umum Presiden Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan pada Khamis semasa perbincangan dengan Presiden Donald Trump di Qasr Al Watan, Abu Dhabi.

Sheikh Mohammed berkata pelaburan tersebut, yang akan disalurkan melalui institusi pelaburan Emirati, akan memberi tumpuan kepada sektor ekonomi baharu, tenaga, teknologi canggih, kecerdasan buatan dan industri, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menekankan AS sebagai rakan strategik utama dalam aspirasi UAE meneroka angkasa, termasuk misi Marikh, program latihan angkasawan dan projek penerokaan sabuk asteroid.

“Pada Mac lalu, anda menyatakan bahawa UAE sentiasa menjadi rakan strategik dalam menyokong usaha keamanan dan keselamatan di Timur Tengah dan seluruh dunia. Hari ini, saya menegaskan semula bahawa Abu Dhabi komited meneruskan kerjasama dengan Washington untuk mencapai keamanan dan kestabilan di rantau kita dan seterusnya,” kata Sheikh Mohammed kepada Presiden Donald Trump.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa lawatan Trump akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan ketara, sambil menambah: “Saya yakin lawatan ini akan memberi impak besar ke atas masa depan hubungan kita.”

Menurut agensi berita rasmi WAM, Trump disambut di lapangan terbang Abu Dhabi oleh Presiden Sheikh Mohammed sebelum melawat Masjid Besar Sheikh Zayed bersama Putera Mahkota Sheikh Khaled bin Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Lawatan Trump ke Abu Dhabi merupakan persinggahan terakhir dalam jelajah Teluk beliau, selepas kunjungan ke Arab Saudi dan Qatar, serta menandakan kali pertama seorang Presiden AS berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu sejak George W. Bush pada 2008. — Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest
Next: Serangan Israel hentikan operasi hospital rawatan kanser gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.