Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • UAE berminat promosi Sarawak
  • BISNES

UAE berminat promosi Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago
PELANCARAN… Dato Sri Nancy Shukri menyempurnakan perasmian majlis pelancaran Minggu EcoTourism di Pavilion Malaysia, Ekspo 2020 Dubai.

KUCHING: Sebilangan penggiat pelancongan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) meliputi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan Oman mahu merangkumkan Sarawak dalam pakej pelancongan masing-masing, menurut Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Pengarah Pemasaran, Mary Wan Mering berkata minat itu ditunjukkan menerusi sambutan menggalakkan daripada penggiat industri ini terhadap pakej pelancongan Sarawak yang dipromosikan oleh STB di Pavilion Malaysia pada Ekspo 2020 Dubai sejak 26 Disember 2021.

“Ramai yang mengatakan minat terhadap pakej berasaskan kembara dan alam semula jadi Sarawak kerana mereka amat berminat dengan hutan hujan Sarawak yang subur di taman-taman negara seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Negara Mulu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Penyertaan STB dalam Minggu Ekopelancongan di ekspo tersebut bertujuan menembusi pasaran Timur Tengah, memanfaatkan populasi luas ekspatriat yang tinggal di UAE, kebanyakannya dari Eropah, Amerika dan negara-negara Asia.

Minggu Ekopelancongan yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia telah dilancarkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri dengan reruai STB mempamerkan budaya, kembara, alam semula jadi, makanan dan festival Sarawak dengan tumpuan ke arah pelancongan bertanggungjawab dan kelestarian.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan menghadiri ekspo itu dari 6 hingga 10 Januari 2022 untuk memperkukuh penyertaan Sarawak dalam kalangan penyertaan Malaysia di ekspo tersebut.

Ekspo 2020 Dubai, kali pertama diadakan di rantau Timur Tengah dan merupakan acara ketiga terbesar dunia dari segi kesan ekonomi dan budaya selepas temasya Olimpik dan Piala Dunia.

Acara itu berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac, 2022 dengan 192 negara mengambil bahagian, di samping menarik 25 juta pengunjung.

Pada mulanya ia dijadualkan berlangsung pada 2020 namun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19, dan penganjur mengekalkan nama ‘Ekspo 2020 Dubai’ bagi tujuan pemasaran dan penjenamaan.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran hartanah dijangka pulih
Next: Malaysia catat peningkatan PMI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.