Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • U Mobile, TM bekerjasama tingkatkan pelaksanaan rangakaian 5G
  • SEMASA

U Mobile, TM bekerjasama tingkatkan pelaksanaan rangakaian 5G

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (tengah) menyaksikan perjanjian kerjasama antara U mobile dan juga Telekom Malaysia bagi pelaksanaan rangkaian 5G Generasi Baharu di seluruh negara pada Majlis Perjanjian Kerjasama antara U mobile dan juga Telekom Malaysia di Sofitel Kuala Lumpur hari ini. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Umobile, Wong Heang Tuck (dua,kiri) dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Amar Huzaimi Md Deris (kanan). -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd melantik Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai rakan strategik utama bagi penyediaan gentian backhaul dalam usaha mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.

Menerusi perjanjian kerjasama selama 10 tahun yang bernilai RM2.4 bilion, TM akan menyediakan perkhidmatan infrastruktur backhaul yang menyeluruh kepada U Mobile, termasuk akses talian sewaan gentian ke Rangkaian Akses Radio 5G U Mobile, pusat data dan sewaan kemudahan TM Edge bagi tujuan sambungan antara titik rangkaian.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata dengan kerjasama TM dan rakan-rakan lain syarikat komited untuk mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk dalam tempoh setahun.

“Bagi mencapai sasaran ini, kerjasama strategik amat penting. Dengan perkongsian kepakaran dan keupayaan teknikal, U Mobile dapat menunjukkan ketangkasannya dalam mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G generasi baharu kami bagi menyokong aspirasi digital negara,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut hari ini.

Majlis itu turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Wong berkata kerjasama ini juga menyaksikan TM akan menjalankan kerja-kerja pemasangan gentian ke atas hampir 70 peratus tapak 5G milik U Mobile.

“Dengan penyelesaian backhaul menyeluruh daripada TM, U Mobile dapat mempercepat pelaksanaan rangkaian kami di seluruh negara, sambil memastikan ketersediaan tinggi, daya tahan rangkaian yang baik, kependaman ultra rendah dan jalur lebar yang tinggi,” katanya.

Dengan jaringan gentian TM yang meluas di seluruh negara, melebihi 740,000 kilometer, U Mobile berada di landasan tepat untuk mempercepatkan pelancaran rangkaian 5G generasi baharunya secara menyeluruh.

Kerjasama strategik ini membolehkan U Mobile memanfaatkan perkhidmatan backhaul mudah alih 5G TM yang komprehensif bagi memastikan prestasi rangkaian yang tinggi dan sambungan yang boleh dipercayai untuk pengguna perusahaan dan individu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen TM dalam membangunkan infrastruktur masa hadapan yang inklusif, menyokong inovasi, meningkatkan kesalinghubungan serta memacu kemajuan digital negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UPM
Next: Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksana pada separuh kedua 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.