Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • U Mobile jalin kerjasama strategik dengan SACOFA perluas liputan 5G di Sarawak
  • TEMPATAN

U Mobile jalin kerjasama strategik dengan SACOFA perluas liputan 5G di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
U Mobile, penyedia rangkaian 5G terkini di Malaysia, telah menjalin kerjasama strategik dengan SACOFA Sdn Bhd, penyedia infrastruktur telekomunikasi utama di Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: U Mobile, penyedia rangkaian 5G terkini di Malaysia, telah menjalin kerjasama strategik dengan SACOFA Sdn Bhd, penyedia infrastruktur telekomunikasi utama di Sarawak.

Kerjasama ini menyaksikan SACOFA dilantik sebagai rakan rangkaian pemulang gentian optik bagi mempercepat pelancaran rangkaian 5G generasi baharu serta memperluas pengalaman ULTRA5G.

Menteri Utiliti dan Telekomunikas yang juga Pengerusi SACOFA, Dato’ Sri Julaihi Narawi, berkata kerjasama ini sejajar dengan strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan transformasi digital sebagai pemacu utama ekonomi negeri.

Ianya menjadi satu lagi pencapaian penting dalam misi U Mobile untuk menyediakan liputan 5G yang lebih meluas dan berkualiti di seluruh Malaysia, selaras dengan agenda transformasi digital Sarawak dan sasaran 80 peratus Liputan Kawasan Berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026.

Menerusi pelantikan ini, SACOFA akan menyediakan akses talian pajakan gentian optik ke tapak Rangkaian Akses Radio (RAN) U Mobile, membolehkan sambungan berkapasiti tinggi ke Titik Perhubungan Wilayah (POIs).

Infrastruktur ini penting bagi menyampaikan perkhidmatan 5G yang pantas, stabil dan berlatensi rendah kepada pengguna serta perusahaan di seluruh negeri. Dengan rangkaian gentian optik SACOFA melebihi 11,000 kilometer, U Mobile dijangka mampu mencapai matlamat liputan dan prestasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah Urusan SACOFA, Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, berkata pelaburan dalam infrastruktur 5G ini membolehkan syarikat menyediakan sambungan yang lebih pantas dan stabil kepada komuniti serta perniagaan tempatan, selaras dengan PCDS 2030 dan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck, menyatakan pelantikan SACOFA sebagai rakan fibre backhaul merupakan pemangkin penting dalam memperkukuh pengalaman ULTRA5G di Sarawak dan menyokong pembangunan ekosistem digital yang inklusif.

Perjanjian kerjasama selama 10 tahun itu dimeterai dalam satu majlis di ibu pejabat SACOFA di Kuching, disaksikan oleh Dato’ Sri Julaihi Narawi, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), serta Dato’ Mat Hassan Esa, Pengarah SACOFA.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 22 pasukan bakal berentap rebut gelaran Raja Sungai Benak Batang Lupar
Next: PPS rasmi dilancarkan, sedia khidmat percuma lindungi hak pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.