Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tze Yong jalani pemulihan selama empat minggu – BAM
  • SUKAN

Tze Yong jalani pemulihan selama empat minggu – BAM

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMAIN perseorangan Lelaki negara Ng Tze Yong. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong akan menjalani proses pemulihan kecederaan ligament krusiat anterior (ACL) selama empat minggu di Qatar.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata pemain berusia 25 tahun itu selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di Doha, semalam.

“Setakat ini apa yang kami tahu semua dalam keadaan baik dan pembedahan sudah selamat dijalankan. Saya harap Tze Yong boleh menjalani proses pemulihan dengan tekun,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini hari ini.

Sebelum ini, BAM mengesahkan Tze Yong mengalami kecederaan berkenaan selepas keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mengesan terdapat koyakan ACL pada lutut kanan.

Pemain kelahiran Johor itu mengalami kecederaan ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2025 pada Mei lepas ketika menentang pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long sekali gus terpaksa menarik diri daripada perlawanan.

Dalam pada itu, Kenny berkata BAM sedia memberi sokongan kepada pemain profesional Lee Zii Jia mengenai tindakannya berkongsi beberapa lakaran misteri di media sosial, baru-baru ini.

“Kalau dia memerlukan bantuan dan sokongan, jika kita boleh, kita sentiasa mahu bantu sekiranya ada kepakaran di sini,” katanya.

Sabtu lepas, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Zii Jia berada dalam keadaan baik dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan mengenai tindakannya berkongsi beberapa lakaran misteri di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata pihaknya, selain Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sudah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa pemain itu bertindak sedemikian.

Hantaran misteri dibuat Zii Jia kini mengumpul lebih 131,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian berkenaan, termasuk wujud dakwaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mungkin sedang berdepan masalah kesihatan atau mental. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peminat sanggup beratur hanya kerana patung Ronaldo
Next: Rundingan bersama Pearly – Thinaah sangat positif – BAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.