Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TYT ziarah Aidilfitri kediaman Temenggong Wan Hamid
  • Tengah
  • WILAYAH

TYT ziarah Aidilfitri kediaman Temenggong Wan Hamid

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETIBAAN….Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah disambut mesra oleh Dato Sri Temenggong Datuk Wan Hamid.

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, mengadakan ziarah Aidilfitri ke kediaman Temenggong Dato Sri Wan Hamid Edruce di Jalan Jasmin di sini, hari ini.

Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama rombongan pada jam 10.05 pagi, disambut mesra oleh Wan Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan, Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

ZIARAH AIDILFITRI.…Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah ketika ziarah Aidilfitri ke kediaman Dato Sri Temenggong Dato Sri Wan Hamid Edruce di Jalan Jasmin di sini, hari ini. Turut kelihatan ialah Abdul Karim.

Pada majlis tersebut, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah turut merakam kenangan bersama KMKK Bahagian Sibu.

Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Zuraini Abdul Jaabar.

UNTUK KENANGAN.…Tun Pehin Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah merakam kenangan bersama KMKK Bahagian Sibu semasa ziarah Aidilfitri di kediaman Dato Sri Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce di Jalan Jasmin, hari ini. Turut sama ialah (duduk dua dari kiri) Lau, Porkan, Lidam, Abdul Karim serta yang lain.

Turut hadir ialah Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Temenggong Stanley Geramong Bandar dan Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Sibu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Elak pembakaran terbuka – Ketua Polis Daerah Marudi
Next: TYT Sarawak ziarah rumah terbuka Aidilfitri Dato Sri Wahab di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.