WAHAB menyambut ketibaan Tun Wan Junaidi di kediamannya di Sibu.
SEKITAR kunjungan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ke rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah di Sibu hari ini.
TUN Wan Junaidi bergambar bersama kakitangan syarikat Ta Ann Holdings.
Wan Junaidi disambut Abdul Wahab dan isteri, Datin Sri Raesah Adai.
TIMBALAN Pengerusi Kumpulan Ta Ann Said Dolah (kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato KH Wong yang turut hadir.
Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri.
UNTUK kenangan…. Wahab dan isteri bersama bersama kakitangan Utusan Sarawak diketuai Pengurus Besarnya, Ivy Ngo (empat dari kiri).
Dato Sri Wahab adalah juga Pengerusi Warta Niaga Sdn Bhd iaitu penerbit Utusan Sarawak dan bekas Ahli Parlimen Igan.
SILATULRAHIM.. Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (dua dari kiri) bergambar bersama Toh Puan Fauziah dan Datin Sri Raesah.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Kumpulan Ta Ann Said Dolah dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato KH Wong.
TURUT hadir Ahmad Dikoh, Pengarah Warta Niaga, Sharkawi Bohari dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.