Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT mahu UNIMAS terap teknologi AI untuk kekal relevan
  • SEMASA

TYT mahu UNIMAS terap teknologi AI untuk kekal relevan

Utusan Sarawak 6 months ago

SESI FOTOGRAFI... Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama pelajar UNIMAS. 

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diseru agar bersedia mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses pengajaran, penyelidikan, dan pengurusan bagi memastikan institusi itu kekal relevan di peringkat global.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penggunaan teknologi canggih seperti AI dan revolusi digital semakin penting dalam memastikan UNIMAS dapat melahirkan graduan berdaya saing dan dilengkapi kemahiran terkini yang diperlukan oleh pasaran kerja serta pemegang taruh.

“Integrasi teknologi dalam universiti bukan sahaja mampu meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga membuka peluang kepada UNIMAS untuk menjadi peneraju dalam inovasi pendidikan yang memanfaatkan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28 Sidang 1 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), UNIMAS, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Wan Junaidi yang juga Canselor UNIMAS menzahirkan harapan agar para graduan terus menyumbang kepakaran mereka dalam memajukan masyarakat, dengan sentiasa kekal relevan dalam perubahan era moden masa kini.

“Pembelajaran tidak berakhir setelah tamat pengajian. Untuk kekal relevan, adalah penting untuk terus menimba ilmu dan menambah pengetahuan,” katanya.

Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28 kali ini menyaksikan 3,938 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing, sebagai tanda penutup kepada perjalanan akademik mereka di universiti tersebut.

Turut hadir, isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Continue Reading

Previous: Delegasi perkhidmatan awam Sarawak ke Jepun, Sri Lanka cari pengalaman
Next: Usia emas tak halang Chai raih ijazah sarjana kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.