Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT luang masa ziarah Kampung Pendam
  • TEMPATAN

TYT luang masa ziarah Kampung Pendam

Utusan Sarawak 2 months ago
LAWAT KAMPUNG… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan kenamaan lain semasa menziarahi Kampung Sadong Jaya. -Foto UKAS

SADONG JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menziarahi kampung asal beliau di Sadong Jaya, yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Pendam.

Lawatan beliau dimulakan dengan menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Darul Iman, diiringi beberapa kenamaan termasuk Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Mual Suaud serta Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.

Solat Jumaat tersebut telah dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato’ Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selepas selesai solat, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menziarahi pusara ayahanda beliau, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Sham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya.

Turut mengiringi kunjungan ke tanah perkuburan itu ialah ahli keluarga, pegawai kerajaan serta penduduk setempat.

Kunjungan ini turut membuka ruang interaksi mesra antara beliau dan masyarakat, sekali gus mempererat hubungan antara pemimpin negeri dan rakyat.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee serta Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang turut hadir memeriahkan lawatan tersebut. –UKAS

Continue Reading

Previous: SUPP Secretary-General hails Sarawak government’s free tertiary education scheme
Next: Sarawak government launches free tertiary education scheme to ensure equal access for all

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.