Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga ketua kaum Bidayuh meninggal dunia
  • SEMASA

TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga ketua kaum Bidayuh meninggal dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Amar Dominic Andrew Dago Randan, seorang ketua kaum Bidayuh yang meninggal dunia hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Tun Wan Junaidi menyifatkan mendiang Dominic, 91, sebagai seorang ketua kaum Bidayuh terkemuka yang banyak berkhidmat dan berjasa kepada Sarawak dan Malaysia.

“Mendiang Datuk Amar Dominic bukan sahaja seorang kenalan rapat saya tetapi beliau juga rakan perjuangan saya semasa sama-sama berkhidmat dalam Parti PBB (Pesaka Bumiputera Bersatu),” katanya.

Beliau berkata mendiang seorang ahli politik yang aktif, patriot dan pejuang khususnya melalui penglibatan dalam hal ehwal penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963 serta kepentingan pembangunan kaum Bidayuh.  

“Sudah pasti, kehilangan beliau amat dirasai dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada Sarawak serta ahli keluarga dan kaum Bidayuh dan negeri Sarawak, amnya,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelatih PLKN 3.0 sesi 2/2025 perlu lapor diri sebelum 12.00 tengah hari esok – JLKN
Next: Jasa guru umpama matahari – Tun Wan Junaidi, isteri raikan Hari Guru 2025 dengan penghargaan tulus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.