Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT, isteri santuni keluarga mangsa tanah runtuh di Miri
  • SEMASA

TYT, isteri santuni keluarga mangsa tanah runtuh di Miri

Utusan Sarawak 3 months ago

Wan Junaidi berbual dengan orang ramai di PPS Pusat Bulan Sabit Merah, Miri, bagi menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Lereng. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak.

MIRI: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, hari ini berkunjung ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Bulan Sabit Merah, Miri, bagi menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Lereng, di sini.

Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut. 

Dalam kesempatan ini, Wan Junaidi dan isteri turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa sebagai tanda solidariti serta memastikan kebajikan mereka terpelihara, menurut kenyataan Astana Negeri Sarawak.

Wan Junaidi menzahirkan harapan agar semua mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini dan menegaskan komitmen pihak berwajib untuk menyalurkan bantuan dengan segera bagi meringankan beban mereka serta memastikan proses pemulihan dan penempatan semula dapat dilaksanakan dengan lancar.

Continue Reading

Previous: JPBNS adakan mesyuarat khas hari ini
Next: Kerajaan Pusat beri bantuan awal RM1,000 setiap keluarga mangsa banjir di PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.