Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri makan tengah hari di Bombay Nasi Kandar
  • TEMPATAN

TYT, isteri makan tengah hari di Bombay Nasi Kandar

Utusan Sarawak 4 months ago

Wan Junaidi dan isteri memilih menu untuk makan tengah hari di Bombay Nasi Kandar, Batu Kawa hari ini. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak.

BATU KAWA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi berkesempatan menikmati makan tengah hari di Bombay Nasi Kandar, Batu Kawa, hari ini.

Mereka disertai anak-anak iaitu Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima, dan Hakim.

Dalam kesempatan tersebut, Wan Junaidi dan keluarga secara kebetulan bertemu dengan kenalan lama, Sahmat Yusuf, bersama isterinya, Ainon Abong yang turut sama makan tengah hari.

Beliau melahirkan rasa syukur atas peluang itu, yang bukan sahaja dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, malah mengeratkan hubungan silaturahim dengan sahabat lama. 

Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar hubungan persahabatan dan kekeluargaan seperti ini dapat terus dipelihara demi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pertemuan ini mencerminkan nilai silaturahim dan kebersamaan yang menjadi asas dalam kehidupan masyarakat, di samping menunjukkan keakraban hubungan antara TYT dan rakyat.

Continue Reading

Previous: SABATI terima sumbangan mesin ultrasound bernilai RM246,000
Next: Jambatan Marudi buka peluang ekonomi masyarakat luar bandar sekian lama terpinggir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.