Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • TVET semakin diminati, gaji kompetitif menanti graduan
  • PENDIDIKAN

TVET semakin diminati, gaji kompetitif menanti graduan

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Masyati Abang Ibrahim berucap pada majlis penyerahan Projek Menaik Taraf SM Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional (KV) Bintulu hari ini.

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) kini tidak lagi dianggap sebagai pilihan kedua sebaliknya telah menjadi arus perdana dengan prospek kerjaya lebih luas serta tawaran gaji lumayan.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Masyati Abang Ibrahim berkata peningkatan permintaan tenaga mahir daripada pelbagai sektor industri menjadikan TVET pilihan utama dalam kalangan pelajar lepasan menengah.

“Jika dahulu Kolej Vokasional hanya dipilih oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik, kini ia adalah laluan utama kerana graduan TVET berpeluang mendapat pekerjaan dengan gaji yang kompetitif selaras dengan tahap sijil dan kemahiran dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Projek Menaik Taraf Sekolah Menengah (SM) Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional (KV) Bintulu di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, industri masa kini amat memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, pertanian dan pelancongan manakala di Bintulu tumpuan adalah kepada bidang bengkel dan kulinari.

“KV Bintulu, misalnya, sudah mencatatkan penyertaan tertinggi dalam kursus kulinari dengan seramai 140 pelajar. 

“Ini membuktikan bidang berasaskan kemahiran semakin relevan dan mampu memenuhi kehendak industri,” jelasnya.

Menurut beliau, bangunan baharu KV Bintulu yang telah siap itu akan dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan bengkel yang bersesuaian bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kolej Vokasional Bintulu siap 49 hari lebih awal
Next: Kerajaan sedia pertimbang bantuan tambahan RM100 untuk mahasiswa – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.