Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • TVET jadi tonggak utama pembangunan modal insan Sarawak
  • PENDIDIKAN

TVET jadi tonggak utama pembangunan modal insan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
UCAPAN… DATUK Francis Harden Hollis berucap pada perasmian majlis Graduasi Kolej Vokasional Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak memandang serius kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu tonggak utama pembangunan modal insan di Sarawak.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kerajaan Sarawak berhasrat melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan bersedia memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang, khususnya dalam bidang teknologi hijau, automasi serta ekonomi digital.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis pada majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia Kohort 2023 Peringkat Kolej Vokasional Kuching di sini, hari ini.

SIMBOLIK… Datuk Francis Harden Hollis bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian.

“Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) akan terus bekerjasama dengan agensi Persekutuan, pemain industri dan institusi pendidikan tempatan bagi memperkukuh ekosistem latihan teknikal serta vokasional di negeri ini,” katanya.

Antara langkah yang diambil termasuk memperluas akses kepada latihan TVET berkualiti melalui kerjasama dengan Sarawak Skills, CENTEXS, politeknik dan kolej komuniti.

Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan Sarawak turut menubuhkan Yayasan Sarawak Sekolah Menengah Antarabangsa (YSISS) bagi memberikan peluang kepada pelajar, khususnya daripada keluarga B40 dan M40, untuk menikmati pendidikan bertaraf antarabangsa.

SERAMAI 171 graduan Kolej Vokasional Kuching, Kohort 2023 menerima Sijil Vokasional Malaysia masing-masing dalam satu majlis graduasi yang berlangsung penuh meriah

Usaha itu, jelasnya, menunjukkan komitmen jangka panjang dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan Sarawak sedang membangunkan laluan baharu bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat supaya lebih ramai rakyat Sarawak bukan sahaja berpendidikan tinggi, tetapi juga memiliki nilai etika, berfikiran terbuka dan mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat serta tempat kerja.

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif Kolej Vokasional Kuching yang menjalin kerjasama dengan beberapa industri tempatan melalui Nota Persefahaman (NoU) bagi memastikan latihan yang dijalankan selaras dengan kehendak dan keperluan industri semasa.

TAHNIAH…Gracesheildis Fara Addylin menerima Anugerah Khas Pengarah (Program Perakaunan) pada Majlis Graduasi Kolej Vokasional Kuching.

Katanya, hubungan erat antara institusi pendidikan dan industri amat penting bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan sebenar serta bersedia melangkah ke dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

Beliau menambah bahawa dalam era Revolusi Industri 5.0, manusia dan teknologi akan saling bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian, sekali gus menuntut graduan agar bijak mengaplikasikan ilmu secara kreatif dan bertanggungjawab.

Seramai 171 graduan Kolej Vokasional Kuching, Kohort 2023, menerima Sijil Vokasional Malaysia, menandakan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing.

Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Petronas sumbang 60 Kit Sains bernilai RM1.2 juta kepada sekolah di seluruh Sarawak
Next: ADUN Lingga hargai dedikasi guru, pelajar Pendidikan Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.