Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TVET diperluas pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih – PM Anwar
  • SEMASA

TVET diperluas pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih – PM Anwar

Utusan Sarawak 7 months ago
MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) meluangkan masa melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2024 dan BuildXpo 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan tenaga kerja Malaysia mampu mengendalikan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyatakan kemajuan teknologi sahaja tidak mencukupi dan mengakui kekurangan tenaga kerja mahir, beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu berkenaan melalui program latihan yang mantap dan inisiatif peningkatan kemahiran.

“Inilah cara Malaysia akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja mahir,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2024 di sini hari ini.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Setakat September 2024, Anwar berkata lebih 1.12 juta kakitangan telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang merupakan bukti profesionalisasi tenaga kerja.

Mengenai program berkenaan, Perdana Menteri berkata tema Envisioning the Future of Construction, bukan sahaja tepat pada masanya tetapi juga merupakan seruan jelas untuk memanfaatkan peluang besar bagi sektor pembinaan Malaysia dan ekonomi yang lebih luas.

Beliau berkata dunia berada di puncak era baharu dalam pembinaan dengan pendigitalan, kelestarian dan kerjasama akan menjadi pemacu utama kejayaan.

“Bersama-sama kita boleh memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai peneraju serantau tetapi muncul sebagai kuasa global dalam pembinaan, menetapkan piawaian untuk inovasi dan kecemerlangan,” katanya.

Acara anjuran CIDB malaysia, Kementerian Kerja Raya dan Qube Integrated yang  berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dijangka menarik 15,000 pengunjung termasuk peneraju industri dan inovator dari seluruh dunia.

Menurut CIDB, BuildXpo 2024 menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada pemain industri terkemuka, dengan 500 reruai dan 200 peserta pameran memenuhi ruang pameran berkeluasan hampir 10,000 meter persegi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Selain pameran, ICW 2024 turut menganjurkan siri persidangan, termasuk Sidang Kemuncak Bandar Masa Depan dan Conference on Conflict Avoidance and Dispute Resolution. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Next: KPDN kenal pasti 1,561 kes seleweng diesel dalam Op Tiris 3.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.