Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Turki cari kekayaan minyak, gas di Laut Mediterranean
  • GLOBAL

Turki cari kekayaan minyak, gas di Laut Mediterranean

Utusan Sarawak 5 years ago
CARI HASIL MINYAK, Kapal penyelidikan Turki ‘Oruc Reis’ diiringi tentera laut negara itu di Laut Mediterranean, bulan ini.• Foto AFP

ISTANBUL: Tindakan Turki mencari minyak dan gas di Laut Mediterranean dan menghantar kapal perang bermula dengan pelan induk “Blue Homeland” untuk mengambil alih perairan yang dituntut oleh negara jiran Kesatuan Eropah (EU).

Bimbang tidak diberikan perkongsian kekayaan gas asli secara adil di rantau ini, Turki turut menghantar kapal penyelidikan dan armada tentera laut kecil ke laut Greece, sekali gus meningkatkan ketegangan minggu lalu.

Sebagai isyarat Turki tidak mahu bergantung kepada negara lain dari segi sumber tenaga, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Turki membuat penemuan gas asli terbesar di Laut Hitam.

“Tuhan sudah membuka pintu untuk kekayaan yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi kami,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan Turki meneroka lebih jauh di Laut Mediterranean, yang akhirnya mendatangkan kemarahan Greece dan peringatan amaran berulang kali dari EU.

Perancis yang turut tidak sefahaman dengan Turki, menghantar kapalnya sendiri ke rantau itu untuk membantu Greece, sekali gus mendorong Erdogan memberi amaran bahawa dia akan membalas ancaman itu.

“Isunya bukan saja berkaitan hak, tetapi masa depan Turki,” kata Erdogan.

Menurut pakar, Turki yang diketepi oleh EU dan negara jiran menjadi punca Erdogan menyerang dan menegaskan hak Turki terhadap negara-negara yang bergabung tanpa Ankara.

Tahun lalu Cyprus, Greece, Mesir, Israel, Jordan, Itali dan wilayah Palestin bersetuju untuk mewujudkan “Forum Gas Mediterania Timur” tanpa Turki.

Sementara itu, bapa doktrin maritim baru Turki yang kontroversial, Cem Gurdeniz, berkata kedatangan kapal dari Perancis bagi membantu Greece hanya menambah api kemarahan. – AFP

Continue Reading

Previous: Jong-un kongsi kuasa dengan adik
Next: 13 maut dalam serbuan kelab malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.