Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tuntut kerjasama KMKK pantau kelancaran projek
  • TEMPATAN

Tuntut kerjasama KMKK pantau kelancaran projek

Utusan Sarawak 4 years ago
MESYUARAT… Razaili semasa mengadakan perjumpaan bersama KMKK Zon Beting Maro pagi semalam.

PUSA: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan memantau dan memastikan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan kampung berjalan lancar mengikut perancangan.

Selain itu, KMKK juga perlu mengenal pasti dan mengatasi isu yang berbangkit dengan baik, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor.

Katanya, KMKK bertindak sebagai kakitangan pihak kerajaan dalam menyampaikan inisiatif kerajaan ke peringat akar umbi agar permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan segera.

“Sehubungan itu, saya menggesa KMKK untuk sentiasa berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk agar Daerah Pusa terus pesat membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama KMKK Zon Beting Maro dekat sini pagi semalam.

Dalam pada itu, Razaili menasihatkan KMKK agar tidak perlu terlibat secara langsung dalam politik sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada khidmatnya dengan masyarakat.

Katanya setiap KMKK perlu memberikan tumpuan kepada permasalahan yang ada di kampung berbanding terlibat secara langsung dalam politik.
“KMKK tidak perlu melibatkan diri dalam politik sepenuhnya kerana peranan KMKK adalah berkhidmat kepada semua penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik.

“Untuk politik, tugas dan peranan ini diserahkan kepada ketua ranting yang ada di setiap kampung,” ujar Razali.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: BERSATU kecewa dituduh pembangkang
Next: CONTOHI ESTONIA, KOREA SELATAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.