Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tunjuk kemaluan, lelaki diperintah jalani hukuman wajib
  • JENAYAH

Tunjuk kemaluan, lelaki diperintah jalani hukuman wajib

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesalah, Chang Chee Hiong, bekerja sebagai penternak ikan mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menunjukkan kemaluannya semasa berada di sebuah tokong, Batu Kawa pada 8 Mei lalu seperti yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar di sini, hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dikenakan perintah kehadiran wajib selama tiga bulan dengan agregat 4 jam sehari dengan jaminan RM100 tanpa penjamin oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ia adalah susulan kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menunjukkan kemaluannya semasa berada di sebuah tokong, Batu Kawa pada 8 Mei lalu.

Pesalah, Chang Chee Hiong, bekerja sebagai penternak ikan mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 hari atau denda RM100 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan pengerusi tokong menerima satu hantaran video daripada salah seorang daripada orang awam mengenai perbuatan tertuduh yang bermain dengan kemaluannya di hadapan tokong berkenaan.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut, seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam dengan mengeluarkan kemaluannya sambil memegang dan meraba semasa berdiri di hadapan sebuah tokong di Batu Kawa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Kereta dibakar rakan sekerja berang hutang tidak langsai
Next: Guru lepas,bebas pertuduhan amang seksual tanpa bela diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.