Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi ziarah keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi ziarah keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai Said di kediaman mereka di Taman Hui Sing. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai Said di kediaman mereka di Taman Hui Sing.

Allahyarhamah Sharifah Ubai, 83, merupakan sepupu Tun Wan Junaidi dan ibu Allahyarhamah merupakan adik kepada ayah Tun Wan Junaidi. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan 10 orang anak.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai Said di kediaman mereka di Taman Hui Sing. Foto Astana Negeri Sarawak

Turut hadir ziarah tersebut merupakan ahli keluarga Tun Wan Junaidi yang terdiri daripada sepupu, anak saudara, cucu dan cicit sepupu beliau.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menyampaikan ucapan takziah serta menzahirkan rasa dukacita kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan yang amat dirasai.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Sharifah Ubai Said di kediaman mereka di Taman Hui Sing. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan dikurniakan ketenangan abadi Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan harapan agar seluruh keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat dukacita ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eric Tay criticises cash aid, urges focus on tax reform
Next: Wong King Yii urges Wilfred Yap to address legacy issues, not shift blame

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.