Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi ucap Selamat Hari Bapa, hargai jasa wira keluarga
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi ucap Selamat Hari Bapa, hargai jasa wira keluarga

Utusan Sarawak 21 hours ago
POSTER Selamat Hari Bapa dari Tun Wan Junaidi.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan penghargaan sempena Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Dalam kenyataan beliau, Tun Wan Junaidi menekankan bahawa sambutan Hari Bapa bukan sekadar perayaan tetapi kesempatan untuk mengiktiraf peranan besar bapa sebagai pelindung, pembimbing dan tonggak kekuatan dalam keluarga serta masyarakat.

“Pengorbanan seorang bapa tidak terungkap dengan kata-kata. Setiap usaha dan titik peluh mereka adalah bukti cinta yang tidak bertepi demi kesejahteraan keluarga,” katanya.

Beliau berharap agar masyarakat terus menghargai jasa bapa selagi hayat dikandung badan dan menyemai nilai-nilai murni yang diwariskan oleh mereka.

Tun Wan Junaidi turut menegaskan bahawa keluarga yang kukuh menjadi asas kepada pembangunan negara yang sejahtera dan menyeru anak-anak agar meluangkan masa bermakna bersama bapa sebagai tanda kasih dan penghargaan.

“Jasa kaum bapa akan tetap dikenang sepanjang zaman,” ujarnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Nahas di Gerik: Tiada bukti kegagalan mekanikal bas
Next: Malaysia, Brunei setuju bina CIQ di Pandam, Lumapas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.