Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi tunaikan solat Jumaat di Masjid Imaduddin Kampung Bako Lot
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi tunaikan solat Jumaat di Masjid Imaduddin Kampung Bako Lot

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUN Wan Junaidi berkesempatan menunaikan solat fardu Jumaat berjemaah di Masjid Imaduddin, Kampung Bako Lot tengah hari tadi. Foto Facebook Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkesempatan menunaikan solat fardu Jumaat berjemaah di Masjid Imaduddin, Kampung Bako Lot tengah hari tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi disambut mesra oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, mantan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Dato Bujang Helmi dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Imaduddin Bako Lot, Hamli Jamahari.

TUN Wan Junaidi berkesempatan menunaikan solat fardu Jumaat berjemaah di Masjid Imaduddin, Kampung Bako Lot tengah hari tadi. Foto Facebook Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Solat fardu Jumaat ini telah diimamkan oleh Saperi Abi yang turut menyampaikan khutbah bertemakan nasihat serta pedoman dari kisah Luqmanul Hakim kepada anakandanya.

Usai menunaikan solat, Tun Wan Junaidi berkenan menandatangani buku lawatan dan merakam gambar kenang-kenangan bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Imaduddin.

Sebelum berangkat pulang, Tun Wan Junaidi meluangkan masa bersalam-salaman mengukuh silaturahim bersama para jemaah dan juga menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak yang hadir.

Tun Wan Junaidi mendoakan agar seluruh umat Islam terus hidup rukun dan bersatu padu serta dikurniakan keimanan yang teguh, kesihatan yang baik, serta terus mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap highlights upgrades at Sentosa Hospital, pledges further RTP funding
Next: Drain reconstruction at Lorong Arang 13D, 13E and 13F to begin soon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.