
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menunaikan Solat Fardu Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin, Kuching, tengah hari tadi.
Ketibaan Tun Wan Junaidi disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Masjid Darul Hana, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah bekas Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Ustaz Jorji Suhaili; Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hana, Khairul Anwar Sazali; serta Ketua Bahagian Pengurusan Halal JAIS merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Ustaz Ramzen Ambi.
Solat Jumaat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Darul Hana, Ustaz Buang Sapiee, yang turut menyampaikan khutbah bertemakan semangat sambutan Aidiladha yang bakal diraikan esok.
Selesai solat, Tun Wan Junaidi meluangkan masa beramah mesra bersama para jemaah serta menyampaikan sampul sumbangan kepada kanak-kanak sebagai simbol mengeratkan silaturahim dan menyemai rasa kebersamaan antara pemimpin dan rakyat.