Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi tunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Asiyiqin
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi tunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Asiyiqin

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi menandatangani buku lawatan serta merakam gambar kenangan bersama AJK masjid. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Darul Asyiqin, Kampung Lumut Buntal, tengah hari tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi telah disambut mesra Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Asyiqin, Ahmad Uni, Ketua Kaum Suhaili Mahaji bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) pengurusan masjid.

Solat fardu Jumaat telah diimamkan oleh Tuan Imam 1 Masjid Darul Asyiqin, Zaidel Tahir, yang turut menyampaikan khutbah Jumaat manakala Awang Abdul Rahman Awang Peri selaku muazin.

Pada khutbah yang bertajuk ‘Keistimewaan Amalan Bulan Muharram’, khatib mengajak para jemaah untuk menjadikan bulan Muharram sebagai ruang untuk bermuhasabah dan berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik.

TUN Wan Junaidi menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Darul Asyiqin, Kampung Lumut Buntal, tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Khatib juga menekankan bahawa Muharram merupakan bulan haram yang dimuliakan Allah SWT, di mana pahala dan dosa digandakan selain turut menggalakkan umat Islam berpuasa sunat pada 10 Muharram (Asyura), yang dapat menghapuskan dosa setahun lalu, serta menambah puasa pada 9 Muharram (Tasu’a) mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Setelah menunaikan solat, Tun Wan Junaidi menandatangani buku lawatan serta merakam gambar kenangan bersama AJK masjid.

Sebelum berangkat pulang, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah, menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak, bersalaman mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ministry to investigate allegation of counterfeit Kenyalang Gold Cards
Next: Azamshah Apearel pangku tugas Pegawai APM Daerah Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.