Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi tunai solat Jumaat di Masjid Darul Hijrah
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi tunai solat Jumaat di Masjid Darul Hijrah

Utusan Sarawak 10 hours ago
TUN Wan Junaidi merakamkan gambar kenangan bersama jemaah selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Darul Hijrah Bandar Baru Samariang Fasa II tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Darul Hijrah Bandar Baru Samariang Fasa II tengah hari tadi.

Solat fardu Jumaat telah diimamkan Ustaz Azarae Mat Nor turut menyampaikan khutbah Jumaat yang bertajuk Memerangi Jenayah Kewangan manakala Hanip Kamil selaku muazin yang bertugas.

Ketibaan Tun Wan Junaidi telah disambut oleh Pengerusi Masjid, Adeng Yunos, Penghulu Osen Bujang, Ketua Kaum Mahri Bujang bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) pengurusan masjid yang lain.

Turut hadir menunaikan solat Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin serta Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Wan Shaifuddin Wan Madihi.

TUN Wan Junaidi bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Darul Hijrah Bandar Baru Samariang Fasa II tengah hari tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Setelah selesai menunaikan solat, Tun Wan Junaidi meluangkan masa bersalam dengan jemaah yang lain sebelum menandatangani buku lawatan rasmi Masjid Darul Hijrah.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi merakamkan gambar kenang-kenangan bersama AJK masjid dan seterusnya menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak yang hadir.

Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan kepada seluruh AJK Pengurusan Masjid Darul Hijrah dan mendoakan agar seluruh umat Islam di Sarawak dikurniakan keimanan yang kukuh, perpaduan yang utuh serta sentiasa dilimpahi kebaikan di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bangunan baharu SJKC Chung Hua Batu 11 dijangka siap Mac 2026
Next: Inisiatif Tunas Hidro solusi mampan keselamatan makanan bandar di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.