Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi tunai solat Jumaat di Masjid Darul Hana
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi tunai solat Jumaat di Masjid Darul Hana

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETIBAAN Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan Solat Fardu Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin tengah hari tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan Solat Fardu Jumaat bersama anaknya Tasneem di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin tengah hari tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi telah disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Solat Jumaat tersebut diimamkan Dato Jorji Suhaili, yang turut menyampaikan khutbah berkenaan bahaya ajaran sesat.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan Solat Fardu Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin tengah hari tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Haji Len Talif Salleh dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi turut bersalam-salaman dan beramah mesra bersama para jemaah serta menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak.

Tun Wan Junaidi mendoakan agar ibu pertiwi terus terpelihara dari sebarang ancaman dan menggesa agar seluruh umat Islam mempertahankan akidah serta memelihara kesucian agama Islam sebagai agama yang syumul.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 50 percent discount on police traffic summons at counters in Sarawak for 68th National Day
Next: Enam penutup lubang diganti, utamakan keselamatan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.