Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan selamat tiba di Sibu
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan selamat tiba di Sibu

Utusan Sarawak 5 months ago
Foto Astana Negeri Sarawak

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu sekitar 11.50 pagi tadi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Pengiring Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Unit Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr. Juanda Jaya serta isteri, Datin Shanti Achmad.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Keberangkatan Tun Wan Junaidi serta isteri bertujuan menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang akan diadakan esok dan lusa.

Beliau pada masa sama, berkesempatan menunaikan Solat Jumaat berjemaah di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya.

Solat tersebut telah diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut serta menunaikan solat, Dr. Juanda Jaya dan Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Selesai solat, Tun Wan Junaidi sempat meluangkan masa untuk bersalaman dengan para jemaah dan beramah mesra dengan mereka.

Beliau turut mendoakan agar Allah Subhanahu Wata’ala memudahkan segala urusan, melapangkan hati, dan memberikan keberkatan serta rezeki yang melimpah kepada seluruh rakyat Sarawak tidak mengira agama dan bangsa.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Tabung Haji
Next: Sibu RC PowerBoat Race River Challenge martabat Sibu sebagai destinasi sukan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.