Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir ucapan selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Utusan Sarawak 1 week ago
FOTO Facebook Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, dengan penuh hormat dan takzim menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim, yang ke-56.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut mendoakan semoga KDYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Kelantan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Subhanahu Wata‘ala, dikurniakan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan yang berterusan, serta kebijaksanaan dalam kepimpinan.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan harapan agar Negeri Kelantan terus menikmati kemajuan, kemakmuran dan perpaduan, di bawah naungan pemerintahan KDYMM Tuanku.

Daulat Tuanku.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mr Kiron dinobat Duta Kucing Kuching Utara, juara empat tahun berturut-turut
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.