Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Jawatankuasa Forum Remaja Piala TYT Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Jawatankuasa Forum Remaja Piala TYT Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Pertandingan Forum Remaja Madani Piala TYT Sarawak 2025. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Pertandingan Forum Remaja Madani Piala TYT Sarawak 2025.

Kunjungan penuh makna ini berlangsung pada 10.00 pagi tadi di Astana Negeri.

Delegasi kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Dewan dan Bahasa (DBP) Malaysia Dr. Hazami Jahari, bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS), Encik Omar Haji Mahli, serta Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Dr. Azizul Haji Ismail.

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah bagi menjemput secara rasmi Tun Wan Junaidi untuk menyempurnakan majlis Pertandingan Forum Remaja Madani Piala TYT Sarawak 2025 yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini di Balai Budaya, Dewan dan Bahasa (DBP) Cawangan Sarawak.

Pertandingan ini merupakan platform penting bagi membina keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan memperkukuh nilai-nilai madani dalam kalangan remaja.

Dalam suasana pertemuan yang mesra dan penuh makna, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikongsi bersama Tun Wan Junaidi berkenaan hala tuju pendidikan generasi muda Sarawak, khususnya dalam memupuk bakat kepimpinan dan keupayaan berhujah secara beretika.

Beliau menyifatkan pertandingan seperti ini sebagai asas penting dalam pembentukan jati diri serta keterampilan seorang pemimpin masa hadapan.

Beliau dan isteri turut menzahirkan penghargaan atas usaha bersepadu pihak DBP, JPNS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan yang mendukung aspirasi pendidikan dan pembangunan sahsiah remaja.

Turut hadir Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Norhasmanalinda Mustapa, Pengurus Projek, Puan Stephanie Lenya Chaong, Pegawai Korporat DBP Cawangan Sarawak Encik Nasir bin Hamid, dan jurufoto rasmi Encik Norfazrie Isquandy Nurol. -Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Violet Yong voices concern over proposed increase in state assembly seats
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi MUBARAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.