Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi MUBARAK
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi MUBARAK

Utusan Sarawak 10 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Astana Negeri, di sini, hari ini.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Astana Negeri, di sini, hari ini.

Kunjungan yang berlangsung pada 10.30 pagi tadi diketuai oleh Presiden MUBARAK Malaysia, Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Amar Diraja, Dato’ Sri Diraja Tan Sri (Dr.) Osman Aroff serta barisan Naib Presiden iaitu Tan Sri Dato’ Zainal Dahalan, Dato’ Dr. Abdul Latiff Awang dan Dato’ Sri Ghazali Ibrahim.

Pertemuan tersebut merupakan wadah penting dalam menyatukan pengalaman dan kepimpinan lama bagi terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Turut hadir Setiausaha Agung MUBARAK, Dato’ Rosni Zahari, Bendahari Agung, Datuk Abdullah @ Md Khalid Ali, Ketua Penerangan, Dato’ Che Min Che Ahmad serta Naib Yang Dipertua MUBARAK Sabah, Datuk Jamilah Sulaiman dan dua pegawai MUBARAK, Puan Norazmawati Nordin dan Cik Nurdini A. Rahman. -Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Jawatankuasa Forum Remaja Piala TYT Sarawak
Next: DUN: Penambahan kerusi DUN wajar ambil kira keluasan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.