
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan daripada pereka fesyen terkenal negara, Dato’ Tom Abang Saufi (Dayang Fatimah Abang Saufi) di kediaman rasmi di sini, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk mempersembahkan beberapa pilihan pakaian istiadat baharu yang dicadangkan oleh beliau.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Tom Abang Saufi atas kesudian beliau mempersembahkan rekaan pakaian istiadat yang bukan sahaja berunsurkan kreativiti moden, malah tetap mengekalkan ciri-ciri tradisi dan warisan budaya negeri.