
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Terminal Hornbill Skyways pada 11.30 malam tadi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar. Ketibaan mereka turut disambut oleh pegawai-pegawai Pejabat Astana Negeri Sarawak.
Terdahulu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut berangkat ke Majlis Jamuan Makan Malam sempena Forum Undang-Undang ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6.30 petang.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakamkan kesyukuran serta penghargaan atas kelancaran segala urusan sepanjang lawatan rasmi di ibu negara yang berjalan dengan sempurna.