Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba di Kuching
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba di Kuching

Utusan Sarawak 14 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Ja’afar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di sini pada tengah hari tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Ja’afar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di sini pada tengah hari tadi setelah selesai lawatan rasmi di ibu negara bagi menghadiri majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak yang berlangsung di Istana Alam Shah.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri, Encik Samuel Simon bersama pegawai-pegawai Astana Negeri.

Tun wan Junaidi dan isteri beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran atas kelancaran majlis Pengisytiharan UPM Sarawak serta mendoakan agar terus cemerlang melahirkan graduan yang berkualiti untuk ibu pertiwi.

Tun Wan Junaidi dan isteri beliau turut menzahirkan tahniah dan terima kasih kepada UPM atas usaha serta komitmen dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini. Usaha ini selaras dengan agenda, dasar dan inisiatif kerajaan Sarawak dalam mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. -Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fasa 3 e-Invois bermula hari ini, libat pembayar cukai RM5 hingga RM25 juta
Next: Agenda digital Sarawak terus diperkasa, S Pay Global bukti kejayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.