
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tengah hari tadi.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut pegawai-pegawai kanan serta Ketua Pegawai Perhubungan Rumah Sarawak Kuala Lumpur, Awang Supian Awang Daud.

Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ke Kuala Lumpur adalah bagi menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-270 di Istana Negara serta melaksanakan beberapa urusan rasmi lain.
Tun Wan Junaidi mendoakan semoga segala urusan di ibu negara dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.