
BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada 10.00 pagi tadi.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, serta isteri beliau, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, ADUN N66 Murum Kennedy Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua kaum dan ketua-ketua masyarakat.
Sejurus ketibaan, bacaan doa selamat telah dipimpin oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu Ustaz Awang Fakrulizan Awang Madohi.
Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah kali ini adalah bagi menyempurnakan majlis perasmian Pusat Falak Bintulu yang akan diadakan pada hari ini.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mendoakan semoga semua acara lawatan ke Bahagian Bintulu akan mencapai matlamatnya serta berjalan dengan baik dan teratur. – Astana Negeri Sarawak