
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Yang Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi singgah ke Bazar Ramadan Stutong bagi meninjau suasana serta menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir, semalam.
Pada kunjungan tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai yang hadir, selain melihat sendiri kemeriahan suasana bazar yang menawarkan pelbagai juadah menarik sebagai persiapan berbuka puasa.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah di bazar berkenaan mencerminkan sokongan terhadap usaha para peniaga tempatan yang memanfaatkan Ramadan sebagai medan memperkukuh kegiatan ekonomi setempat, di samping memeriahkan suasana komuniti dengan semangat kebersamaan.
Penghujung Ramadan ini, Tun Wan Junaidi berharap agar semangat muhibah dan nilai perpaduan yang dizahirkan melalui aktiviti sebegini akan terus diperkukuh dalam kalangan masyarakat.