
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menikmati sarapan di Sepinang Sari Café, Jalan Satok, yang terkenal dengan hidangan Mi Sapi Haji Salleh.
Tun Wan Junaidi membaca karya penulis kegemarannya sejak dari bangku sekolah, Ramlee Awang Murshid sambil menunggu pesanan dihidangkan. Pilihan sarapan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ialah mi kolok daging dan tendon, menu yang menjadi kegemaran mereka.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa bergambar bersama beberapa pelanggan yang ingin merakam kenangan, menambahkan suasana mesra dalam kunjungan ringkas pagi ini.