Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak

Utusan Sarawak 16 hours ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi malam ini telah menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Jamek Negeri, di sini. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi malam ini telah menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Jamek Negeri, di sini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah jam 6.30 petang disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) selaku Menteri Bertanggungjawab sambutan Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, dan isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Turut mengiringi ketibaan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Residen Bahagian Kuching Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi, dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Seterusnya, hadirin turut sama mendengar Tazkirah Khas yang disampaikan oleh Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin yang bertajuk ‘Akhlak Asas Ummah Maju Makmur’ dengan bersandarkan contoh teladan peribadi Rasulullah SAW serta menekankan kepentingan menghayati ajaran Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat berakhlak mulia dan bersatu padu.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak berjemaah sebelum diserikan dengan persembahan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Kuching yang dipimpin oleh Dato Ismawi Duet.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Haji Openg, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Dato’ Sri Fadillah Yusof, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri beliau.

Hadir sama pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Seri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Sahibul Fadilah Ustaz Mual Suaud, Menteri Kanan yang bertanggungjawab bagi Misi Khas Hal Ehwal Islam yang juga Duta Khas Perdana Menteri Cambodia ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) H.E. Neak Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan.

Sebelum pulang, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menikmati jamuan makan malam bersama-sama dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh ukhuwah serta memperingati kelahiran Rasulullah SAW, di samping memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan SARA capai jualan RM106.1 juta dalam lima hari
Next: Konvensyen Seni Bela Diri, Tarian Naga dan Singa Borneo 2025, angkat warisan budaya ke persada dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.