Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah

Utusan Sarawak 2 days ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri tiba di Masjid Assyarikin bagi Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H. -Foto UKAS

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menghadiri Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H.

Ketibaan beliau berdua di Masjid Assyakirin, di sini pada 6.15 petang disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Majlis dimulai dengan bacaan doa akhir tahun 1446H yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Tun Wan Junaidi seterusnya menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah penduduk di kawasan Bintulu sebelum bersama-sama mengikuti bacaan doa awal tahun 1447H.

Dalam pada itu, turut diadakan adalah bacaan Yassin dan Tahlil sempena menyambut Maal Hijrah, yang turut dibacakan buat isteri Premier Sarawak, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang dipimpin oleh Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal.

Sementara itu, tazkirah Maal Hijrah yang bertajuk Hijrah Ummah Maju Makmur pula disampaikan oleh Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Fardu Isyak berjemaah, seterusnya diikuti dengan majlis makan malam sebelum Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah serta dif kenamaan yang lain meninggalkan majlis.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dan ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak-Australia sepakat perkukuh kerjasama tenaga bersih, kelestarian alam sekitar
Next: Sarawak Delta Geopark sasar penyertaan UNESCO Global Geopark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.