Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah bersarapan pagi di Kedai Yong Hua

Facebook
WhatsApp
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menikmati sarapan pagi di Kedai Yong Hua, Satok. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi berkesempatan menikmati sarapan pagi di Kedai Yong Hua, Satok pada 8.15 pagi tadi.

BERAMAH MESRA…Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah beramah mesra dengan rakan-rakan serta kenalan lama.

Dalam suasana santai dan mesra, Tun Wan Junaidi berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan serta kenalan lama, sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan bertukar khabar berita.

SANTUNI…Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyantuni rakyat dan merapatkan hubungan silaturahim.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa merakam gambar kenangan bersama pelanggan lain yang hadir.

RAKAM KENANGAN… Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakam gambar kenang-kenangan bersama para pelanggan lain yang hadir.

Inilah antara rutin santai Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah dalam mengisi masa kelapangan untuk menyantuni rakyat dan merapatkan hubungan silaturahim.