Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah beri penghormatan terakhir kepada isteri Premier Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah beri penghormatan terakhir kepada isteri Premier Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Masjid Jamek, di sini, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri sekitar 12.15 tengah hari tadi disambut dengan suasana penuh hiba dan hormat oleh ahli keluarga serta kenamaan yang hadir.

Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghembuskan nafas terakhir pada 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah pada usia 76 tahun.

Turut hadir Menteri Kabinet Sarawak, ketua-ketua jabatan, pemimpin komuniti, kenalan rapat serta orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat yang memberikan penghormatan terakhir buat figura wanita yang amat dihormati itu.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang untuk disemadikan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemergian Allahyarhamah Juma’ani kehilangan besar buat Sarawak
Next: RM50 juta diperuntuk bagi 46 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.