Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima taklimat projek pembangunan Sadong Jaya
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima taklimat projek pembangunan Sadong Jaya

Utusan Sarawak 2 days ago

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pagi tadi menerima taklimat berkenaan cadangan serta perancangan pelbagai projek pembangunan di kawasan Sadong Jaya.

Menurut jurucakap Astana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan, taklimat tersebut diadakan pada 11.30 pagi di kediaman rasmi beliau di Kasuma Resort, di sini.

Delegasi taklimat diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Infrastruktur, Datuk Aidel Lariwoo.

Sesi taklimat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu antara lain membincangkan cadangan pembangunan Galeri Warisan Sadong Jaya, projek waterfront, Menara Ikonik, bazar komuniti, masjid, tanah perkuburan, serta inisiatif-inisiatif lain yang berpotensi menjadi pemangkin pembangunan menyeluruh di kawasan berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Awang Zamhari Awang Mahmood, Pengurus Besar LCDA Datu Sr. Zaidi Mahdi, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, serta beberapa pegawai kanan dari pelbagai jabatan, dan agensi di Bahagian Samarahan.

Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas komitmen serta inisiatif melalui projek-projek yang dicadangkan, yang diyakini bakal memberi impak besar dan bermakna kepada kesejahteraan penduduk di Sadong Jaya.

Beliau turut berharap agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna melalui kerjasama erat antara jabatan dan agensi yang terlibat, dalam usaha menaik taraf kemudahan dan menambah nilai kepada pembangunan kawasan tersebut secara menyeluruh.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jangan korbankan nyawa demi perayaan
Next: UNHCR akan tutup pejabatnya di Angola akibat kekurangan dana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.