Tun Wan Junaidi terima Pingat Jasa Pahlawan Sarawak

Facebook
WhatsApp
Suasana ketika Tun Pehin Sri Wan Junaidi menerima Pingat Jasa Pahlawan Sarawak (PJPS) yang disampaikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri, hari ini. Foto Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima Pingat Jasa Pahlawan Sarawak (PJPS) pada majlis khas di Astana Negeri, di sini, pagi tadi.

Penganugerahan tersebut disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penganugerahan itu menjadi simbol penghargaan kerajaan Sarawak terhadap jasa dan pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencurahkan khidmat bakti dalam mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi mempunyai pengalaman dalam pasukan PDRM apabila pernah menyertai pasukan itu pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari 1968 hingga 1973.

Dalam tempoh berkenaan, beliau bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM), yang ketika itu menjadi antara zon operasi utama dalam usaha membanteras ancaman komunis di Sarawak.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada Premier dan kerajaan Sarawak atas penganugerahan berkenaan, yang disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam menghargai jasa, kesetiaan dan pengorbanan anggota pertahanan negara.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Hadir sama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Sultan Pahang berangkat tiba di Kuching

KUCHING: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat berangkat tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching