Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan sejarawan, cendekiawan
  • PENDIDIKAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan sejarawan, cendekiawan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan sejarawan, cendekiawan dan penyelidik di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan sejarawan, cendekiawan dan penyelidik di kediaman rasmi, Kasuma Resort, di sini, hari ini.

Delegasi tersebut terdiri daripada Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datu Dr Sanib Said; Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Dr Firdaus Abdullah; Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Wan Ariffin Wan Yon; serta tetamu kehormat lain.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan sejarawan, cendekiawan dan penyelidik di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada beberapa agenda penting dalam usaha memartabatkan khazanah sejarah dan literasi Sarawak. Antaranya termasuk perbincangan berkaitan penulisan semula serta penerbitan buku lama mengenai sejarah Banting, Lingga yang dipercayai telah ditulis oleh Temenggong Abang Zen Lingga.

Dalam sesi yang sama, Tun Wan Junaidi turut memohon kerjasama Dr Firdaus Abdullah untuk menterjemah karya beliau bertajuk Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia ke dalam bahasa Inggeris bagi memperluas capaian kepada pembaca antarabangsa.

Tun Wan Junaidi menerima naskhah salinan manuskrip Melayu Jawi Banting yang disampaikan oleh Datu Dr Sanib sebagai simbolik penghargaan atas pertemuan yang diadakan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan harapan agar segala perancangan yang dibincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya, sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam mengangkat martabat serta kedaulatan sejarah Sarawak untuk tatapan generasi masa hadapan.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: MRSM Lawas diharap direalisasi, perkasa utara Sarawak sebagai hab pendidikan
Next: Politeknik Mukah perkasa agenda hijau, Hati Hijau CSR 4.0 tinggalkan impak di Taman Tumbina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.