Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Lim San Aik di Kasuma Resort, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Lim San Aik serta beberapa pegawai kanan JSJ Sarawak di Kasuma Resort, di sini, pagi tadi.

Kunjungan berkenaan diadakan bagi tujuan pengurusan beberapa dokumen rasmi selain menjadi ruang perbincangan santai antara kedua-dua pihak mengenai perkembangan semasa berkaitan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Lim San Aik di Kasuma Resort, Petra Jaya, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pengalaman serta pandangan berdasarkan penglibatan beliau dalam perkhidmatan pasukan polis pada suatu ketika dahulu.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya JSJ Sarawak, dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara keamanan, kedaulatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap gesa garis masa jelas proses persempadanan semula DUN Sarawak
Next: Peranan persatuan klan penting dalam pemeliharaan budaya, pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.