
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Pending dan Kampung Sejingkat di Astana Negeri, pagi tadi.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Pending, Penghulu Amzah Dollah serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Kampung Sejingkat, Mohd Afif Abdullah.

Pada pertemuan itu, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua jawatankuasa atas usaha murni mereka dalam mengurus dan menyelenggara tanah perkuburan yang turut menempatkan kubur kedua orang datuk dan nenek Tun Wan Junaidi.